INFO SKTS


SEJARAH SEKOLAH
  
Sekolah Kebangsaan Trolak Selatan telah dibuka pada 07.01.1974 dengan keluasan 8.8 ekar, mempunyai sebuah bangunan dua tingkat, sebuah kantin dan sebuah padang bola. Bilangan murid pada masa itu ialah seramai 168 orang. Pada 25 Julai 1975 sekolah ini telah dirasmikan oleh YAB Dr. Mahadhir Mohamad, Menteri Pelajaran Malaysia pada masa itu dengan bilangan murid seramai 298 orang dan 10 orang tenaga pengajar. Pada tahun 1977 sebuah bangunan sementara dengan dua buah bilik darjah didirikan dengan bantuan kewangan sebanyak RM1000.00 oleh YAB En. Mak Hon Kam. Pada tahun 1979 seunit rumah guru besar kelas E dan dua unit rumah guru kelas F telah dibina.

Selepas itu sebuah bangunan tambahan dua bilik darjah didirikan hasil bantuan daripada sumbangan Program Pembangunan Luar Bandar (PLB) sebanyak RM3000.00. Hasil sumbangan ini menjadikan sebanyak 21 buah kelas dan 829 orang murid dengan tenaga pengajar seramai 21 orang. Pada 2 September 1980, sebuah klinik pergigian telah ditempatkan di sekolah ini dengan kerjasama Jabatan Pergigian Negeri Perak. Pada bulan September 1980, sebuah bangunan tambahan dua tingkat yang mengandungi lapan bilik darjah siap dibina. Sekolah ini telah dinaikkan taraf dari gred C kepada gred B.

Pada 1 Ogos 1983, Sekolah ini telah dinaikkan taraf keg red A. Pada tahun 1982 sekolah ini telah dipilih sebagai sekolah percubaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Pada 15 November 1982 YAB Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, Menteri Kewangan Malaysia telah merasmikan bangunan tambahan sekolah ini. Berikutan dengan bangunan sekolah di SK Trolak Timur masih belum siap, pada bulan Januari 1982 murid-murid tahun 1 dan 5 ditempatkan di sekolah ini. Murid tahun 2, 3, 4 dan 6 diadakan di Trolak Timur sebagai cawangan kepada sekolah ini.

Bangunan sementara dan lapan buah rumah peneroka telah diubahsuai sebagai bilik darjah. Ketika itu jumlah murid yang belajar di cawangan Trolak Timur ialah seramai 243 orang dan disekolah ini adalah seramai 122 orang. Seterusnya pada tahun 2002 sebuah bangunan baru empat tingkat siap dibina. Selepas itu sesi persekolahan telah bertukar daripada dua sesi kepada satu sesi persekolahan sahaja.



VISI

Melonjakkan SKTS Ke Arah Kecemerlangan Dalam Pencapaian Akademik, Kokurikulum Dan Imej Sekolah.



MISI

·    Memperkasakan Kepimpinan Dan Pengurusan Sekolah.
·    Membangun Dan Meningkatkan Kualiti Dan Kuantiti Murid Dalam Bidang Akademik, Kokurikulum Dan Sahsiah.
·    Membudayakan Amalan Headcount Dan Budaya Membaca Dikalangan Warga Sekolah.
·    Meningkatkan Amalan Pemantauan Dan Penyeliaan Berfokus.
·    Memantap Dan Memperkasakan Semua Program Kecemerlangan Kearah Misi Nasional.



MOTO

Belajar, Berdisiplin dan Berjaya